Kelab Perdagangan PoliPD
 

 


LAPORAN MINIT MESYUARAT KELAB PERDAGANGAN

MINIT MESYUARAT KALI KEDUA
KELAB PERDAGANGAN POLITEKNIK PORT DICKSON
SESI DISEMBER 2001

Tarikh  :   9 Januari 2001
Tempat    :   Bilik A 14
Masa       :   8.30 malam hingga 10.05 malam
Kehadiran :   AJK Tertinggi
Wakil Kelas

AGENDA   :

  1. Ucapan kata-kata aluan daripada Pengerusi Kelab Perdagangan
  2. Perbincangan mengenai sukan antara semester.
    • Dijalankan pada 15 - 19 Januari 2001.
    • Semua pelajar adalah terlibat.
    • Setiap semester dikehendaki menghantar wakil masing-masing. Ia adalah wajib dan jika tiada wakil, tindakan tatatertib akan dikenakan.
    • Setiap perlawanan bermula kira-kira pada pukul 5.00 petang.
    • AJK sukan dikehendaki membuat jadual perlawanan.
    • Mengenai penempahan padang, pihak JPP sudah membuat penempahan tetapi disebabkan ada saingan dari jabatan lain, maka setiausaha perlu membuat surat tempahan padang khususnya bagi :
      1. Bola Sepak
      2. Bola Jaring
      3. Bola Tampar
      4. Sepak Takraw

      dimana ia diusulkan kepada pihak Exco Sukan dan perlu berjumpa dengan En. Zulkifli dari pihak atasan bagi menempah dewan bersama-sama dengan surat tempah dewan di mana adanya cop penasihat kelab atau Ketua Jabatan untuk sukan :

      1. Badminton
      2. Ping Pong

      Di samping itu, perlu membuat surat pelepasan bagi pelajar yang tinggal di luar bagi memasuki kawasan Politeknik selepas pukul 7.00 malam kerana permainan badminton dan ping pong dijalankan pada waktu malam. 

    • Bagi AJK Sukan dikehendaki merujuk kepada Pengerusi setiap sukan atau Exco Sukan untuk meminta bola dan jaring. Di samping itu, AJK Sukan juga dikehendaki menyiapkan jadual perlawanan dan ditampal di papan kenyataan selewat-lewatnya pada hari Khamis.
    • Dari segi peruntukan bagi hadiah dan minuman, AJK Hadiah akan membuat peruntukan mengenainya.
    • Wakil kelas dikehendaki mengambil nama sesiap yang berminat untuk setiap sukan. Ia hendaklah dihantar kepada AJK Sukan iaitu saudara Ruwaidi bin Zakaria, DPR 6 sebelum hari Jumaat.
  3. Perbincangan mengenai Minggu Perdagangan.
    1. Penasihat Kelab Perdagangan mencadangkan Expo boleh dibuat tetapi rata-rata AJK tidak bersetuju kerana perlu mencari penaja dan disebabkan masa yang singkat untuk semester ini.
    2. Bagi Minggu Perdagangan ini, dikawal oleh Naib Pengerusi iaitu saudara Mohd. Nor bin Hj. Husin.
    3. Mengikut perancangan, ianya akan dijalankan pada 21 Februari 2001 hingga 26 Februari 2001.
    4. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah :
      1. Ucapan
        • Merupakan aktiviti sampingan.
        • Terbuka kepada semua pelajar Politeknik dan dikendalikan oleh Kelab Perdagangan.
      2. Sukaneka
        • Dicadangkan dibuat di pantai tetapi perlu meminta pelepasan dari Ketua Jabatan Perdagangan ( akan dibincangkan ).
      3. Malam Perdagangan
        • Wajib ke atas setiap semester untuk mengambil bahagian.
        • Mengadakan cabutan bertuah iaitu dikenakan harga RM 0.50 di mana setiap AJK diwajibkan membeli.
        • Dirancang akan bermula pada pukul 8.00 malam hingga 11.00 malam.
        • Sebelum 20 Februari 2001, setiap semester perlu bersiap sedia dengan persembahan masing-masing.
    5. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah :
      1. Malam amal iaitu Malam Insan Penyayang
        • Tujuannya iadalah dalam masa yang sama, ia dapat menambahkan pendapatan kelab iaitu daripada penjualan tiket. Selebihnya boleh didermakan kepada anak-anak yatim.
        • Contohnya, dengan menjemput artis untuk membuat pertunjukan amal tetapi cadangan itu perlu dibuat perundingan dengan Penasihat Kelab terlebih dahulu.
      2. Kuiz antara semester
        • Soalannya adalah berdasarkan kepada tajuk berkaitan Perdagangan.
        • Mengikut pandangan AJK, selain berbentuk hiburan, terdapat juga bentuk pendidikan yang boleh dipelajari.
    6. Bagi Minggu Perdagangan ini, AJK Promosi, Hadiah dan AVA perlu bekerja keras.
    7. Untuk AJK Promosi, kain rentang perlu dibuat seminggu sebelum ia diadakan dan sebelum itu, perlu diberitahu kepada pihak atasan mengenai kain rentang yang dibuat.
    8. Setiap semester yang tidak menghantar wakil akan dihantar kepada Ketua Jabatan.
  4. Perbincangan mengenai Laman Web Kelab Perdagangan.
    • Diberi tempoh sehingga bulan Mac 2001, iaitu dijangka akan dilancarkan sebelum Malam Perdagangan.
    • AJK Laman Web dikehendaki berjumpa dengan Penasihat Kelab untuk bertanyakan mengenai logo.
  5. Perbicangan mengenai Malam Perdagangan.
    • Perlu melihat peruntukan yang ada. Seelok-eloknya apabila semua wang kelab telah diperolehi. Ia adalah tindakan Bendahari Kelab ( akan dibincangkan ).
  6. Perletakan Jawatan.
    • Bagi AJK Sukan, saudari Sh. Syaziyatul Jannah binti syed Kamal Khalid telah menarik diri kerana beliau terlibat dalam banyak aktiviti / kelab.
    • Bagi AJK Promosi, saudara Azrul juga menarik diri kerana tiada pengangkutan.
  7. Pengerusi menegaskan semua AJK perlu bekerjasama terutama pada hari Sukan Perdagangan nanti. Dan bagi sesiapa yang ingin meletakkan jawatan dikehendaki berjumpa dengan beliau terlebih dahulu.
  8. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.05 malam.
Disediakan oleh,

SITI ROSDILAH BT. YOM
Setiausaha
Kelab Perdagangan
Politeknik Port Dickson

Disahkan oleh,

ABD. AZIZ BIN MUHAMMAD
Pengerusi
Kelab Perdagangan
Politeknik Port Dickson

 


Copyright © 2001 [ Kelab Perdagangan Poli PD ]. All rights reserved. 
Pertanyaan atau komen :  commclubppd@yahoo.com
Akhir kemaskini : 05/06/01 .