Kelab Perdagangan PoliPD
 

 


SEJARAH PENUBUHAN POLITEKNIK PORT DICKSON
Politeknik Port Dickson telah diwujudkan pada pertengahan tahun 1990. Ia merupakan satu-satunya pusat pengajian tinggi yang dibina di Port Dickson yang melatih anak watan dari seluruh negeri di Malaysia.

Politeknik Port Dickson telah siap dibina dan mulai beroperasi pada bulan Jun 1990. Ia merupakan politeknik yang ketujuh dibina oleh kerajaan selepas politeknik berikut :

  • Politeknik Ungku Omar, Perak,
  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang,
  • Politeknik Batu Pahat, Johor,
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Muazzam Shah, Kedah,
  • Politeknik Kota Bharu, Kelantan, dan 
  • Politeknik Kuching, Sarawak.
Politeknik Port Dickson terletak berhampiran dengan pantai peranginan yang terkenal iaitu Pantai Teluk Kemang, 14 KM dari bandar Port Dickson.

Matlamat penubuhan politeknik ini adalah untuk melatih lepasan-lepasan sekolah bagi memenuhi keperluan tenaga kerja separuh mahir seperti Pembantu Teknik, Juruteknik dan Eksekutif Rendah dalam bidang kejuruteraan mahupun perdagangan.

Sehingga Disember 1993, Poli PD telah berjaya melahirkan seramai hampir 940 orang lulusan dalam pelbagai bidang dan mereka telah pun berjaya dalam kerjaya masing-masing. Pada peringkat awal penubuhan, Poli PD hanya menawarkan 9 kursus persijilan sahaja tetapi kini telah berkembang dan menawarkan 8 kursus peringkat sijil dan 7 peringkat diploma.

Sistem semester telah diamalkan di politeknik ini yang mana pengambilan pelajar telah dipertingkatkan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun dan juga Disember. Dengan peningkatan ini adalah dijangka lebih ramai tenaga lulusan teknikal di negara ini akan dapat dikeluarkan untuk memenuhi permintaan dalam negara.
 
 

POLITEKNIK PORT DICKSON,
KM 14, Jalan Pantai,
71050 Si Rusa,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel    : 06-6625399
Faks : 06-6625744
Laman Web : http://www.geocities.com/polipd

Atas


Copyright © 2001 [ Kelab Perdagangan Poli PD ]. All rights reserved. 
Pertanyaan atau komen :  commclubppd@yahoo.com
Akhir kemaskini : 05/06/01 .