|
|
Ketika ini Jabatan
Perdagangan Politeknik Port Dickson hanya menawarkan sebanyak 3
jenis pilihan kursus untuk diikuti oleh para pelajar. Kursus
tersebut adalah seperti berikut :
- Diploma
Akauntansi ( DAT )
- Diploma
Pemasaran ( DPR )
- Diploma Sains
Kesetiausahaan ( DSK )
Kursus-kursus ini mengambil masa
selama 3 tahun untuk tamat kecuali kursus DSK iaitu hanya 2
tahun sahaja. Para pelajar akan diwajibkan menjalani latihan
industri pada semester yang ke-4 untuk kursus DAT dan DPR
manakala pelajar kursus DSK pada semester yang ke-3.
|
DIPLOMA
AKAUNTANSI
Kursus ini melengkapkan pelajar
dengan teori dan latihan praktikal di bidang perdagangan dan
kewangan meliputi perakaunan, perangkaan kos, pengurusan,
pengauditan dan perundangan perniagaan.
Mata pelajaran yang dipelajari
dalam kursus ini bertujuan mewujudkan kefahaman kepada pelajar
bermula dengan asas-asas catatan perakaunan sehingga terhasil
satu penyata kewangan yang diterima umum.
Seterusnya pelajar didedahkan
untuk membuat penganalisaan dan keputusan berkaitan dengan
perniagaan. Pemegang Diploma Akauntansi mempunyai peluang kerja
yang luas sebagai Pegawai Kerja Akaun, Pembantu Juruaudit,
Pemeriksa Kira-Kira, Penolong Pegawai Penaksir dan sebagainya.
Atas |
DIPLOMA
PEMASARAN
Kursus Diploma Pamasaran
bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada aspek pemasaran
khusus kepada spectrum pemasaran. Mata pelajaran yang
akan dipelajari termasuklah Perakaunan, Pengurusan Jualan, Aspek
Gelagat Pengguna, Komunikasi Pemasaran, Pengurusan Jualan dan
Pemasaran Antarabangsa.
Atas |
DIPLOMA
SAINS KESETIAUSAHAAN
Kursus ini menyediakan pelajar
untuk menceburkan diri dalam kerja di bidang stenografi. Mata
pelajaran yang ditawarkan termasuklah Perakaunan, Menaip,
Trengkas, Pengurusan Pejabat, Secretarial Shorthand Basic
Practice, Komputer Perniagaan, Pembentukan Personaliti dan
lain-lain lagi.
Atas |
|